BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday 21 November 2011

Terima Kasih Malaysia..



Tahniah diucapkan buat pasukan Malaysia..Usaha tangga kejayaan. Malaysia Boleh!!!

Sunday 23 October 2011

Petua Lestari



1. Kita ingat 10% apa yang dibaca.



2. Kita ingat 20% apa yang didengar.



3. Kita ingat 50% apa yang didengar dan dilihat.



4. Kita ingat 70% apa yang dicakapkan.



5. Kita ingat 90% apa yang dipraktikan.






Kejayaan bermula dengan apa yang kita inginkan.. Ayuh mencipta kejayaan..

Tuesday 17 November 2009

Doa dan Harapan

Pusat Tuisyen Era Lestari mendokan kejayaan yang cemerlang buat semua warga pelajar. Harapan kami semoga kejayaan yang dicari ditemui di penghujung jalan perjuangan. Segala titik peluh, penat lelah telah pun ditempuhi. Kini gendang perjuangan semakin kuat dialunkan. Moga perjuangan direstui Tuhan Pencipta Alam. Kejayaan masa depan dimulakan dengan perjuangan hari ini. Gud luck untuk semua calon SPM dan STPM..

Wednesday 14 October 2009

Promosi 2010



Friday 4 September 2009

BEBERAPA PERINGATAN KEPADA PELAJAR MENGHADAPI PEPERIKSAAN



  • Tidak keterlaluan membaca sehingga kurang tidur.
  • Belajar dengan hati yang tenang dan lapang. Pastikan semua kerja atau masalah diselesaikan terlebih dahulu sebelum anda memulakan pembelajaran/study.
  • Disiplinkan diri anda. Pastikan anda tidak membuang masa dengan kerja-kerja yang sia-sia. Tepatilah masa belajar yang anda telah tetapkan dan pastikan anda ada masa untuk merehatkan otak secukupnya. Elakkan daripada memaksa diri anda untuk belajar sekiranya anda letih dan mengantuk.
  • Elakkan diri anda daripada membaca dan menghafal matematik. Sebaliknya cubalah memperbanyakkan latihan mengira dan memahami formula dan konsepnya.
  • Berbincang dengan rakan yang lebih memahami dan elakkan daripada sifat malu bertanya.
  • Elakkan daripada sifat menangguhkan sesuatu kerja yang diberi oleh guru serta jauhkan sikap mengambil jalan mudah dengan meniru kerja kawan tanpa memahami akan maksud dan konsepnya.
  • Elakkan mengumpulkan nota yang diberikan oleh guru sehingga bertimbun barulah hendak mengulangkajinya.
(sumber: http://tipsbelajar.wordpress.com)

Tuesday 1 September 2009

Ramadhan pencipta keyakinan

(gambar hiasan:eputra.com)


Ramadhan mengajar erti kekuatan. Ramadhan menguatkan semangat dan harapan. Buat para pelajar Pusat Tuisyen Era Lestari yang bakal menduduki peperiksaan UPSR, kuatkan semangat, tinggikan iltizam dan bangunkan keyakianan bagi menghadapi peperiksaan yang mendatang. Percayalah... kejayaan bakat tercipta..

Modul Lestari 3 dan 4